P

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَمَرَ بِقَتْلِ الْوَزَغِ وَقَالَ كَانَ يَنْفُخُ عَلَى إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلاَم‏‏‏

Sesungguhnya Rasullullah SAW memerintahkan supaya membunuh cicak. Dan Baginda bersabda “Sesungguhnya cicak itu meniup (menyemarakkan) api yang membakar Ibrahim AS”

Sahih al-Bukhari (3359)

Ringkasan:

Perintah membunuh cicak merupakan satu perkara yang disunatkan. Ini seperti yang dinyatakan di dalam Mausua’h Fiqhiyah di bawah tajuk sunat membunuh binatan perosak dengan menyatakan sunat membunuh cicak walaupun dalam keadaan ia tidak memberi sebarang kerosakan ini seperti yang di perintahkan Nabi SAW dalam hadis yang di atas. Adapun cara membunuhnya lebih utama dengan memukulnya sekali sahaja supaya mengurangkan keseksaannya. Imam Izzuddin Ibnu Salam menyatakan ini termasuk di dalam sifat ihsan kepada binatang